Saturday 24 March 2012

Aspirasi Ums                                                                


Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia... Kami ucapkan kepada anda semua...

Antara misi penting kami adalah untuk:
VISI: Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global
MISI:  Ke arah keseimbangan dan kecemerlangan yang berorintasikan:
5 K (Kesarjanaan, Kesahsiahan, Kokurikulum, Kebajikan dan Kesepaduan) dan bagi melahirkan Mahasiswa yang cemerlang.
MOTO: “Memperkasakan Usaha, Mempersatukan Matlamat”
Matlamat: Menjadi medium perantara bagi menyalurkan suara Mahasiswa kepada pihak universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela serta menganjurkan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang berkualiti untuk melahirkan mahasiswa yang selaras dengan 1 Malaysia.

OBJEKTIF:
1. Kesarjanaan- meningkatkan kesarjanaan akademik dengan memastikan 70% daripada pelajar UMS mendapat PNGK 2.50 ke atas
2. Kesahsiahan- Menanankan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme.
3. Kokurikulum- Memantapkan kemahiran insaniah dan meningkatkan semangat daya saing dalam aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang disertai di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global.
4. Kebajikan- Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang baik sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.
5. Kesepaduan- Menerapkan nilai-nilai kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional selaras dengan konsep 1 Malaysia


No comments:

Post a Comment