Tuesday, 27 March 2012

Lihat apa yang kerajaan telah berikan kepada kita...



Ini adalah kenyataan yang perlu kita ketahui....Bantuan pendidikan yang telah diberikan kerajaan buat mahasiswa dan mahasiswi..so bersyukur la dgn nikmat yang dah lama kita kecapi...so tepuk dada..tanya akal..pilih la pilihan yang bijak buat masa depan negara, agama dan bangsa...

Apakah Sumbangan kita terhadap negara? “jgn kufur nikmat yang diberi percuma”...


Saturday, 24 March 2012

Aspirasi Ums                                                                


Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia... Kami ucapkan kepada anda semua...

Antara misi penting kami adalah untuk:
VISI: Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global
MISI:  Ke arah keseimbangan dan kecemerlangan yang berorintasikan:
5 K (Kesarjanaan, Kesahsiahan, Kokurikulum, Kebajikan dan Kesepaduan) dan bagi melahirkan Mahasiswa yang cemerlang.
MOTO: “Memperkasakan Usaha, Mempersatukan Matlamat”
Matlamat: Menjadi medium perantara bagi menyalurkan suara Mahasiswa kepada pihak universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela serta menganjurkan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang berkualiti untuk melahirkan mahasiswa yang selaras dengan 1 Malaysia.

OBJEKTIF:
1. Kesarjanaan- meningkatkan kesarjanaan akademik dengan memastikan 70% daripada pelajar UMS mendapat PNGK 2.50 ke atas
2. Kesahsiahan- Menanankan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme.
3. Kokurikulum- Memantapkan kemahiran insaniah dan meningkatkan semangat daya saing dalam aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang disertai di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global.
4. Kebajikan- Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang baik sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.
5. Kesepaduan- Menerapkan nilai-nilai kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional selaras dengan konsep 1 Malaysia


ISU HANGAT PTPTN DALAM KALANGAN MAHASISWA UMS

Berita Terbaru tentang ISU PTPTN dan BKNS


Baru sahaja terima berita daripada pihak bendahari tentang BKNS dan PTPTN. BKNS telah mula masuk ke akaun pelajar pada 15Mac 2012. Pelajar yang terlibat sila buat kepastian di akaun bank anda. Tentang PTPTN mengikut jadual bagi pelajar kelompok ke-2 akan dapat duit mulai 19 April 2012 telah diawalkan kepada 5 April 2012. Maka pelajar yang belum dapat duit PTPTN sila buat kepastian mulai 5 April 2012.




Masalah ini sebenarnya telah lama diutarakan dalam kalangan pelajar UMS, yang mengatakan bahawa pihak pengurusan PTPTN kononnya tidak mempunyai sistem yang lebih teratur dalam pengurusan agihan PTPTN ini serentak kepada semua pelajar. Oleh itu, atas alasan inilah sesetengah pihak mahasiswa di UMS tidak berpuas hati dengan percaturan Pihak PTPTN. Walau bagaimanapun, PRO-ASPIRASI MAHASISWA UMS telah berjaya menangani masalah ini.Tahniah diucapkan...

Demo Pro-Militan menganas di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)



23 Mac 2012-Dimanakah letaknya nilai murni Pro Mahasiswa yang kononnya ingin menuntut hak mereka sebagai mahasiswa? Tuntutan telah disuarakan antaranya ialah  tentang meninginkan pilihanraya kampus diawalkan, yang kedua mengenai hak agar demokrasi mahasiswa dikembalikan, dan yang ketiga agar membebaskan kampus daripada campur tangan kuasa politik luar.

Tuntutan yang ketiga tidak lah berasas kerana melibatkan mereka sendiri berkecimpung dalam arena politik luar. Adakah mereka ni sebenarnya bebas atau sebaliknya dah jadi suruhan parti politik luar?