Saturday 24 March 2012

ISU HANGAT PTPTN DALAM KALANGAN MAHASISWA UMS

Berita Terbaru tentang ISU PTPTN dan BKNS


Baru sahaja terima berita daripada pihak bendahari tentang BKNS dan PTPTN. BKNS telah mula masuk ke akaun pelajar pada 15Mac 2012. Pelajar yang terlibat sila buat kepastian di akaun bank anda. Tentang PTPTN mengikut jadual bagi pelajar kelompok ke-2 akan dapat duit mulai 19 April 2012 telah diawalkan kepada 5 April 2012. Maka pelajar yang belum dapat duit PTPTN sila buat kepastian mulai 5 April 2012.




Masalah ini sebenarnya telah lama diutarakan dalam kalangan pelajar UMS, yang mengatakan bahawa pihak pengurusan PTPTN kononnya tidak mempunyai sistem yang lebih teratur dalam pengurusan agihan PTPTN ini serentak kepada semua pelajar. Oleh itu, atas alasan inilah sesetengah pihak mahasiswa di UMS tidak berpuas hati dengan percaturan Pihak PTPTN. Walau bagaimanapun, PRO-ASPIRASI MAHASISWA UMS telah berjaya menangani masalah ini.Tahniah diucapkan...

No comments:

Post a Comment