Wednesday 25 April 2012

Katakan tidak kepada Perhimpunan Bersih 2012 atau 'Bersih 3.0”!!!


Beberapa persoalan timbul tentang apakah objektif sebenar ‘Bersih 3.0” dijalankan. Mungkin orang awam tak tahu terdapat beberapa taktik yang digunakan untuk perhimpunan Bersih adalah bagaimana taktik-taktik itu digunakan untuk memperdaya pihak kuasa seolah-olah kesalahan itu di pihak kerajaan.


1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.
2.    Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.
3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.


           Katakan tidak pada agenda Pro Mahasewel dan anasir luar!!!


Katakan Ya!!! Pada Pro-Aspirasi..Membawa misi keamanan.

So...jelas la bahawa mana satu program yang membawa keamanan dan program yang membawa kebinasaa? Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus? So fikir-fikirkan la..

Sunday 15 April 2012

Luahan perasaan pelajar-PTPTN Ditubuhkan Di Depan Mata Anwar Ibrahim


1. Baru-baru ini timbul suara yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghapuskan PTPTN jika diberi peluang untuk menduduki ruang dibawah kubah hijau Bangunan Perdana Putra yakni menjadi PM. Maka, sekalian mahasiswa yang baru mengenali DSAI semasa zaman sekolah menengah mula melihat satu silver lining in the dark clouds.

Sejarah PTPTN

2. Mari kita imbas sejarah penubuhan PTPTN. Ia ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566. PTPTN ditubuhkan ketika era pentadbiran Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi memberi peluang kepada semua golongan Rakyat lebih-lebih yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

3. PTPTN diletakkan dibawah ‘jagaan’ Kementerian Pendidikan Malaysia (kini dibawah Kementerian Pengajian Tinggi). Di dalam Akta tersebut terdapat 7 Seksyen yang menyebut MINISTER OF FINANCE (Menteri Kewangan) dan tugas penama tersebut bukanlah kecil. Pendek kata semua urusan kewangan PTPTN mestilah melalui Menteri Kewangan Malaysia dan perkara inilah yang ramai mahasiswa tidak ketahui bahawa ketika Akta ini diluluskan, Menteri Kewangan Malaysia adalah YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (TPM, BN-Permatang Pauh) dan semua ini berlaku dibawah batang hidung beliau.

4. Sehingga kini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 1.9 juta pelajar dengan nilai pinjaman sebanyak RM 43.6 Billion.

Anwar The Cameleon (sumpah-sumpah)

5. Pada awal penubuhannya, PTPTN mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4% yang dilihat agak membebankan peminjamnya tetapi ingin saya nyatakan disini hal-ehwal kewangan PTPTN mesti melalui Menteri Kewangan. Dokumen-dokumen berkaitan ini mestilah pernah berada diatas meja Anwar Ibrahim dan mengapa pada masa itu beliau tidak melihat hal ini sebagai membebankan ? Adakah beliau bersetuju dengan caj ini atau beliau tidak tahu kerana sibuk melakukan “perkara” lain pada masa itu ?

6. Ramai yang bising apabila PTPTN mengenakan sekatan ke luar Negara jika gagal membayar pinjaman PTPTN kerana dalam Akta PTPTN Seksyen 23 (2) ada menyatakan bahawa pinjaman pelajaran yang tidak dibayar boleh dianggap sebagai pinjaman sivil dan Perbadanan boleh menjalankan tatacara tuntutan mengikut undang-undang bagi mendapatkan semula pinjaman.

7. Proses mewartakan sebuah undang-undang melaui pelbagai prosedur dari pelbagai peringkat kementerian sehinggalah ia dibacakan dalam Parlimen untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen dan dalam hal ini dimanakah Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika perbahasan dalam sidang Dewan Rakyat pada masa itu?

Kewangan PTPTN

PTPTN bukanlah sebuah organisasi korporat yang mengaut keuntungan dan hanya bergantung pada peruntukkan kerajaan. Pada suatu ketika kerana tidak wang yang cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi pembiayaan pinjaman pelajaran, PTPTN terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengenakan kadar faedah sebanyak 5% kepada PTPTN.
Saya boleh katakan bahawa hampir 90% ibu bapa pelajar Malaysia adalah pencarum KWSP dan ini menunjukkan bahawa wang PTPTN itu secara tidak langsung adalah milik kebanyakkan ibu bapa pelajar. Maka segala pinjaman oleh PTPTN daripada KWSP haruslah dilangsaikan supaya pencarum tidak kerugian wang caruman mereka apabila mereka bersara kelak.
Setelah beberapa lama mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4%, memikirkan nasib graduan baru, kerajaan telah menurunkan kepada 3% dan seterusnya 1% melalui system Ujrah. PTPTN terpaksa mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran untuk menampung pembiyaan pelajar baru yang terdiri dari adik-adik kita sendiri juga.

Pendidikan Percuma

Kerajaan Malaysia telah pun mengambil langkah untuk memberikan pendidikan percuma kepada Rakyatnya diperingkat rendah dan menengah;

i) Tiada yuran sekolah

ii) Tiada yuran Peperiksaan Awam (UPSR,PMR,SPM,STPM)

iii) Buku Teks Percuma

iv) Tidak perlu bayar gaji guru

v) Tidak perlu bayar untuk penyelengaraan sekolah

Bahkan subsidi yang berat telah diberikan kepada pelajar IPTA dimana YURAN PENGAJIAN (Tution Fee) hanya dikenakan kurang dari RM 1000 setiap semester berbanding dengan IPTS, bayangkan dengan yuran yang sebanyak itu, mampukah ia menampung pembayaran gaji para pensyarah yang minimumnya kira-kira RM 3500 sebulan.

MUNGKIN RAMAI SUDAH LUPA JIKA PEMINJAM PTPTN MENDAPAT IJAZAH KELAS PERTAMA, MAKA PINJAMAN PTPTN AKAN DITUKARKAN KEPADA BIASISWA. Adakah Mahasiswa/siswi Malaysia tidak mampu mendapat ijazah kelas pertama ?

Pemansuhan PTPTN

Pemansuhan PTPTN hanya akan menambah bebanan kewangan Kerajaan Malaysia kerana kerajaan terpaksa menanggung sehingga RM 60 billion dan hal ini hanya akan menambah beban hutang Negara.
Pendidikan percuma 100% adalah hebat namun ia akan menambahkan kadar hutang Negara (Public Debt) dan hal ini amat membahayakan ekonomi Negara. Pihak pembangkang mengambil contoh Negara German & Turki yang memberikan pendidikan percuma namun kedua-dua Negara ini mempunyai KDNK yang jauh lebih tinggi dari Malaysia dan pada masa yang sama mempunyai Public Debt yang tinggi.



Kadar Public Debt Malaysia adalah lebih tinggi dari Turki kerana tanggungan subsidi yang tinggi dalam pelbagai sektor seperti perubatan, pendidikan, makanan, bahan bakar, industry dan lain-lain.
Negara United Kingdom terpaksa menaikkan yuran pengajian IPT kerana kadar Public Debt mereka adalah pada kadar 82.5% KDNK.

Pemansuhan PTPTN juga boleh dilihat melemahkan daya saing pelajar kerana pelajar boleh memilih untuk tidak belajar secara serius dan ini boleh merugikan tenaga kerja mahir Negara kerana pada masa kini, pelajar yang mendapat CGPA kurang dari 2.00 boleh dihentikan pinjaman PTPTN, pendek kata, PTPTN memberikan satu negative reinforcement yang bermaksud pelajar terpaksa belajar bersungguh-sungguh walaupu kurang berminat supaya mendapat CGPA 2.00 keatas.

Rumusan

Saya agak terkejut melihat kebutaan segelintir mahasiswa yang tidak mengkaji aspek mengapa PTPTN diperkenalkan, dari mana sumber kewangan PTPTN dan apa yang akan berlaku jika PTPTN dimansuhkan. Hanya kerana terpedaya dengan retorik dan taksub dengan Anwar Ibrahim, segelintir mahasiswa sudah bersedia untuk bukan lagi dikeldaikan tetapi untuk dilacurkan demi nafsu politik peribadi pendendam yang bernama Anwar Ibrahim.

Tiada yang percuma dalam dunia ini sedangkan Nabi Muhammad SAW juga membeli sebahagian tanah dari dua org anak yatim untuk membina Masjid Nabawi dan apatah lagi kita juga perlu membayar Mas Kahwin ketika hendak berkahwin. Pemansuhan PTPTN hanya akan menambahkan lagi beban hutang kerajaan dan ini boleh menyebabkan hutang Malaysia melonjak lebih 100% dari KDNK-nya seperti Negara Portugal, Italy, Jepun (201%), dan Greece. Adakah kita perlu menangis masa hadapan nanti ?

Persoalan saya mudah dan mungkin rakan-rakan yang berdemo boleh tolong tanyakan untuk saya;

DATO ‘ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, MENGAPAKAH ANDA TIDAK MENENTANG PTPTN SEMASA PENUBUHANNYA WALHAL ANDA ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN PADA MASA ITU ???

Tuesday 3 April 2012

Isu PTPTN di Politikkan????



Asalamualaikum...dan Salam 1 Malaysia..Salam 1 Siswa UMS...

Isu PTPTN merupakan satu isu yang paling hangat diperkatakan dan sinonim dengan mahasiswa pada hari ni...Parti Pembangkang berjanji akan menghapuskan PTPTN sekiranya mereka mentadbir negara. Adakah janji hanya tinggal janji...atau hanya omong kosong saja???

Parti Pembangkang tak habis-habis menaburkan janji kosong kepada mahasiswa untuk meraih sokongan..Antara janji kosong mereka ialah akan menjanjikan pendidikan percuma kepada mahasiswa/siswi... Ketua Pembangkang bijak memutarbelitkan fakta dengan memperlihatkan situasi di Turki..




Situasi yang sebenarnya telah berlaku....







Adakah anda yakin dengan ketua janji palsu ni?...menjanjikan pendidkan percuma yg x pasti lg???




Jadi fikirlah..sebijaknya...jadilah Mahasiswa matang yang berfikiran rasional dan jangan ikutkan emosi saja... PTPTN penting bagi membantu nasib mahasiswa yang x mampu utk bantuan pengajian... Masa depan negara tanggjwb mahasiswa bersama..





Sumber daripada 





Tuesday 27 March 2012

Lihat apa yang kerajaan telah berikan kepada kita...



Ini adalah kenyataan yang perlu kita ketahui....Bantuan pendidikan yang telah diberikan kerajaan buat mahasiswa dan mahasiswi..so bersyukur la dgn nikmat yang dah lama kita kecapi...so tepuk dada..tanya akal..pilih la pilihan yang bijak buat masa depan negara, agama dan bangsa...

Apakah Sumbangan kita terhadap negara? “jgn kufur nikmat yang diberi percuma”...


Saturday 24 March 2012

Aspirasi Ums                                                                


Asalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia... Kami ucapkan kepada anda semua...

Antara misi penting kami adalah untuk:
VISI: Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global
MISI:  Ke arah keseimbangan dan kecemerlangan yang berorintasikan:
5 K (Kesarjanaan, Kesahsiahan, Kokurikulum, Kebajikan dan Kesepaduan) dan bagi melahirkan Mahasiswa yang cemerlang.
MOTO: “Memperkasakan Usaha, Mempersatukan Matlamat”
Matlamat: Menjadi medium perantara bagi menyalurkan suara Mahasiswa kepada pihak universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela serta menganjurkan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang berkualiti untuk melahirkan mahasiswa yang selaras dengan 1 Malaysia.

OBJEKTIF:
1. Kesarjanaan- meningkatkan kesarjanaan akademik dengan memastikan 70% daripada pelajar UMS mendapat PNGK 2.50 ke atas
2. Kesahsiahan- Menanankan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme.
3. Kokurikulum- Memantapkan kemahiran insaniah dan meningkatkan semangat daya saing dalam aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang disertai di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global.
4. Kebajikan- Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang baik sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.
5. Kesepaduan- Menerapkan nilai-nilai kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional selaras dengan konsep 1 Malaysia


ISU HANGAT PTPTN DALAM KALANGAN MAHASISWA UMS

Berita Terbaru tentang ISU PTPTN dan BKNS


Baru sahaja terima berita daripada pihak bendahari tentang BKNS dan PTPTN. BKNS telah mula masuk ke akaun pelajar pada 15Mac 2012. Pelajar yang terlibat sila buat kepastian di akaun bank anda. Tentang PTPTN mengikut jadual bagi pelajar kelompok ke-2 akan dapat duit mulai 19 April 2012 telah diawalkan kepada 5 April 2012. Maka pelajar yang belum dapat duit PTPTN sila buat kepastian mulai 5 April 2012.




Masalah ini sebenarnya telah lama diutarakan dalam kalangan pelajar UMS, yang mengatakan bahawa pihak pengurusan PTPTN kononnya tidak mempunyai sistem yang lebih teratur dalam pengurusan agihan PTPTN ini serentak kepada semua pelajar. Oleh itu, atas alasan inilah sesetengah pihak mahasiswa di UMS tidak berpuas hati dengan percaturan Pihak PTPTN. Walau bagaimanapun, PRO-ASPIRASI MAHASISWA UMS telah berjaya menangani masalah ini.Tahniah diucapkan...

Demo Pro-Militan menganas di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)



23 Mac 2012-Dimanakah letaknya nilai murni Pro Mahasiswa yang kononnya ingin menuntut hak mereka sebagai mahasiswa? Tuntutan telah disuarakan antaranya ialah  tentang meninginkan pilihanraya kampus diawalkan, yang kedua mengenai hak agar demokrasi mahasiswa dikembalikan, dan yang ketiga agar membebaskan kampus daripada campur tangan kuasa politik luar.

Tuntutan yang ketiga tidak lah berasas kerana melibatkan mereka sendiri berkecimpung dalam arena politik luar. Adakah mereka ni sebenarnya bebas atau sebaliknya dah jadi suruhan parti politik luar?