1. Baru-baru
ini timbul suara yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghapuskan PTPTN jika diberi peluang untuk
menduduki ruang dibawah kubah hijau Bangunan Perdana Putra yakni menjadi PM.
Maka, sekalian mahasiswa yang baru mengenali DSAI semasa zaman sekolah menengah
mula melihat satu silver lining in the dark clouds.
Sejarah
PTPTN
2. Mari kita
imbas sejarah penubuhan PTPTN. Ia ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566. PTPTN ditubuhkan ketika era
pentadbiran Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi memberi peluang kepada semua golongan
Rakyat lebih-lebih yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
3. PTPTN
diletakkan dibawah ‘jagaan’ Kementerian Pendidikan Malaysia (kini dibawah
Kementerian Pengajian Tinggi). Di dalam Akta tersebut terdapat 7 Seksyen yang
menyebut MINISTER OF FINANCE (Menteri Kewangan) dan tugas penama tersebut
bukanlah kecil. Pendek kata semua urusan kewangan PTPTN mestilah melalui
Menteri Kewangan Malaysia dan perkara inilah yang ramai mahasiswa tidak ketahui
bahawa ketika Akta ini diluluskan, Menteri Kewangan Malaysia adalah YAB Dato’
Seri Anwar Bin Ibrahim (TPM, BN-Permatang Pauh) dan semua ini berlaku dibawah
batang hidung beliau.
4. Sehingga
kini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 1.9 juta pelajar dengan nilai
pinjaman sebanyak RM 43.6 Billion.
Anwar The
Cameleon (sumpah-sumpah)
5. Pada awal
penubuhannya, PTPTN mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4% yang dilihat agak
membebankan peminjamnya tetapi ingin saya nyatakan disini hal-ehwal kewangan
PTPTN mesti melalui Menteri Kewangan. Dokumen-dokumen berkaitan ini mestilah
pernah berada diatas meja Anwar Ibrahim dan mengapa pada masa itu beliau tidak
melihat hal ini sebagai membebankan ? Adakah beliau bersetuju dengan caj ini
atau beliau tidak tahu kerana sibuk melakukan “perkara” lain pada masa itu ?
6. Ramai
yang bising apabila PTPTN mengenakan sekatan ke luar Negara jika gagal membayar
pinjaman PTPTN kerana dalam Akta PTPTN Seksyen 23 (2) ada menyatakan bahawa
pinjaman pelajaran yang tidak dibayar boleh dianggap sebagai pinjaman sivil dan
Perbadanan boleh menjalankan tatacara tuntutan mengikut undang-undang bagi
mendapatkan semula pinjaman.
7. Proses
mewartakan sebuah undang-undang melaui pelbagai prosedur dari pelbagai
peringkat kementerian sehinggalah ia dibacakan dalam Parlimen untuk dibahaskan
oleh ahli-ahli Parlimen dan dalam hal ini dimanakah Anwar Ibrahim selaku Ahli
Parlimen Permatang Pauh ketika perbahasan dalam sidang Dewan Rakyat pada masa
itu?
Kewangan
PTPTN
PTPTN
bukanlah sebuah organisasi korporat yang mengaut keuntungan dan hanya
bergantung pada peruntukkan kerajaan. Pada suatu ketika kerana tidak wang yang
cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi pembiayaan pinjaman pelajaran, PTPTN
terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang
mengenakan kadar faedah sebanyak 5% kepada PTPTN.
Saya boleh
katakan bahawa hampir 90% ibu bapa pelajar Malaysia adalah pencarum KWSP dan
ini menunjukkan bahawa wang PTPTN itu secara tidak langsung adalah milik
kebanyakkan ibu bapa pelajar. Maka segala pinjaman oleh PTPTN daripada KWSP
haruslah dilangsaikan supaya pencarum tidak kerugian wang caruman mereka
apabila mereka bersara kelak.
Setelah
beberapa lama mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4%, memikirkan nasib
graduan baru, kerajaan telah menurunkan kepada 3% dan seterusnya 1% melalui
system Ujrah. PTPTN terpaksa mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran untuk
menampung pembiyaan pelajar baru yang terdiri dari adik-adik kita sendiri juga.
Pendidikan
Percuma
Kerajaan
Malaysia telah pun mengambil langkah untuk memberikan pendidikan percuma kepada
Rakyatnya diperingkat rendah dan menengah;
i) Tiada
yuran sekolah
ii) Tiada
yuran Peperiksaan Awam (UPSR,PMR,SPM,STPM)
iii) Buku
Teks Percuma
iv) Tidak
perlu bayar gaji guru
v) Tidak
perlu bayar untuk penyelengaraan sekolah
Bahkan
subsidi yang berat telah diberikan kepada pelajar IPTA dimana YURAN PENGAJIAN
(Tution Fee) hanya dikenakan kurang dari RM 1000 setiap semester berbanding
dengan IPTS, bayangkan dengan yuran yang sebanyak itu, mampukah ia menampung
pembayaran gaji para pensyarah yang minimumnya kira-kira RM 3500 sebulan.
MUNGKIN
RAMAI SUDAH LUPA JIKA PEMINJAM PTPTN MENDAPAT IJAZAH KELAS PERTAMA, MAKA
PINJAMAN PTPTN AKAN DITUKARKAN KEPADA BIASISWA. Adakah Mahasiswa/siswi Malaysia
tidak mampu mendapat ijazah kelas pertama ?
Pemansuhan
PTPTN
Pemansuhan
PTPTN hanya akan menambah bebanan kewangan Kerajaan Malaysia kerana kerajaan
terpaksa menanggung sehingga RM 60 billion dan hal ini hanya akan menambah
beban hutang Negara.
Pendidikan
percuma 100% adalah hebat namun ia akan menambahkan kadar hutang Negara (Public
Debt) dan hal ini amat membahayakan ekonomi Negara. Pihak pembangkang mengambil
contoh Negara German & Turki yang memberikan pendidikan percuma namun
kedua-dua Negara ini mempunyai KDNK yang jauh lebih tinggi dari Malaysia dan
pada masa yang sama mempunyai Public Debt yang tinggi.
Kadar Public
Debt Malaysia adalah lebih tinggi dari Turki kerana tanggungan subsidi yang
tinggi dalam pelbagai sektor seperti perubatan, pendidikan, makanan, bahan
bakar, industry dan lain-lain.
Negara
United Kingdom terpaksa menaikkan yuran pengajian IPT kerana kadar Public Debt
mereka adalah pada kadar 82.5% KDNK.
Pemansuhan
PTPTN juga boleh dilihat melemahkan daya saing pelajar kerana pelajar boleh
memilih untuk tidak belajar secara serius dan ini boleh merugikan tenaga kerja
mahir Negara kerana pada masa kini, pelajar yang mendapat CGPA kurang dari 2.00
boleh dihentikan pinjaman PTPTN, pendek kata, PTPTN memberikan satu negative
reinforcement yang bermaksud pelajar terpaksa belajar bersungguh-sungguh
walaupu kurang berminat supaya mendapat CGPA 2.00 keatas.
Rumusan
Saya agak terkejut
melihat kebutaan segelintir mahasiswa yang tidak mengkaji aspek mengapa PTPTN
diperkenalkan, dari mana sumber kewangan PTPTN dan apa yang akan berlaku jika
PTPTN dimansuhkan. Hanya kerana terpedaya dengan retorik dan taksub dengan
Anwar Ibrahim, segelintir mahasiswa sudah bersedia untuk bukan lagi dikeldaikan
tetapi untuk dilacurkan demi nafsu politik peribadi pendendam yang bernama
Anwar Ibrahim.
Tiada yang
percuma dalam dunia ini sedangkan Nabi Muhammad SAW juga membeli sebahagian
tanah dari dua org anak yatim untuk membina Masjid Nabawi dan apatah lagi kita
juga perlu membayar Mas Kahwin ketika hendak berkahwin. Pemansuhan PTPTN hanya
akan menambahkan lagi beban hutang kerajaan dan ini boleh menyebabkan hutang
Malaysia melonjak lebih 100% dari KDNK-nya seperti Negara Portugal, Italy,
Jepun (201%), dan Greece. Adakah kita perlu menangis masa hadapan nanti ?
Persoalan
saya mudah dan mungkin rakan-rakan yang berdemo boleh tolong tanyakan untuk
saya;
DATO ‘ SERI
ANWAR BIN IBRAHIM, MENGAPAKAH ANDA TIDAK MENENTANG PTPTN SEMASA PENUBUHANNYA
WALHAL ANDA ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN PADA MASA ITU
???
No comments:
Post a Comment